Tuesday 26 August 2014

Cerita selepas berkahwin

Assalamualaikum...

Wah dah lama gila x update blog... gara2 lupa password... ada ptt... :p 
Sekarang x cerita dah pasal nk honeymoon ke bulan ke bintang x pun pasal nk jadi bride to be...

Sekarang dh jadi mummy to be...
Alhamdulillah rezeki dari Allah swt.
Lepas 3 bulan bergelar isteri, saya disahkan mengandung...
Bak kata en suami, awal2 nk honeymoon dulu,....
Honeymoon la sangat...kan... hahahaaa...

Sekarang dh mula masuk 3rd trimester wah perut dh makin boyot penat kot..
Sebelum ni 1st trimester relax ja dulu... siap boleh p jalan oversea berbagai...
Best pi Shanghai... Jalan2 syok oooo tgh hari pun mcm dok dlm air cond ja...
Tapi rindu Malaysia food... Dah la tgh pregnant mcm2 x mau makan.
Skrg ni hambik kau jalan pusing stgh Queensbay, Penang tu pun mcm nk pancit ja...


Time ni baru tau kata mengandung, tapi tiket dh beli p jugak...
Ketegaq baq hang


Baru honeymoon... dh 3 bulan kawin br honeymoon u alls..

Muka happy ja dua2 kan.... Oh rindu Shanghai.... hahhaaa..
Mummy to be skarang dh stable... Cuma perut dh makin besaq so dah kurang larat la nk berjalan...
Cuma satu ja saya perasan la dari mula nk kawin dan smpi sekarang dah nk dapat anak.


Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah An-Nuur 24; Ayat 32 :

وَأَنكِحُوا۟ ٱلْأَيَٰمَىٰ مِنكُمْ وَٱلصَّٰلِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَآئِكُمْ ۚ إِن يَكُونُوا۟ فُقَرَآءَ يُغْنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦ ۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌۭ ﴿٣٢﴾
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.”

Rezeki sewaktu nak berkahwin dan selepas ni susah nak cakap la.... Allah tu sentiasa memberi. Rezeki Allah bagi dalam macam2 bentuk. Sama saya sedar atau tidak. Allah lapangkan rezeki selepas berkahwin.

So kepada yang bujang2 tu apa lagi.. Cepat-cepat la kawin yea... Hehehehehee



Tuesday 10 December 2013

P Ramlee Suka Duka (History Channel) Full



He is one of my hero..

Sapa tak kenal dengan P.Ramlee... Amazing voices, character, acting. Inspired most artis in Malaysia and World.

Kisah suka dan duka beliau. Inilah Lagenda orang Malaysia. We must appreciate people now. Not after he or she left the world. Appreciate what we have now. Mother, Father, Siblings, Husband in Laws family and friends.

I love you P.Ramlee... Al fatihah the only thing that we can contribute to him.

Enjoy 

Thursday 28 November 2013

I'm already married

Syukur kepada Allah swt...atas segala nikmatnya dan berkat.

Akhirnya saya selesai sudah menjadi isteri kepada suami tercinta. To Mr A. I love you so much.

Segala suka dan duka, tahun berganti tahun setelah 7 tahun menyulam rasa cinta,benci semua ada.
I'm officially already become a madam.
Rasa pelik ada.. Dulu ex student panggil Miss sekarang semua opppsss sorry Madam.

Apa pun my photographer is Eddy Non dan waktu resepi adalah Azfar Jasmi
suka sangat hasil kerja depa.

Apa pun terima kasih banyak banyak kepada ibu,ayah,abang and adik. Juga semua keluarga yang sangat banyak membantu semasa kenduri kawin. Also my mum all her siblings. 
Family kami lawak skit event lama  jumpa sekali jumpa ramai-ramai semua nak bersosial.

Hahahha kat sini ada la sikit pic untuk tantapan korang.

My Family

Saat ijab dan kabul..

Pengantin dicuri 

Part of my wedding family and friends





Wednesday 13 November 2013

Hari Asyura- 10 Muharram


Disunatkan kita berpuasa pada Hari Asyura’. Hari Asyura juga digelar Ayyamillah (Hari-hari Allah) iaitu hari-hari yang dinasabkan oleh Allah swt kepada diriNya. Allah swt telah menyuruh Nabi Musa as agar mengingatkan kaumnya tentang hari-hari tersebut dalam firmanNya: وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ bermaksud, “Dan ingatkanlah mereka tentang Hari-hari Allah”.
Maksud Hari-hari Allah ialah ayat-ayatNya dan nikmat-nikmatNya seperti selamatnya Nabi Musa as dan kaumnya dari kekejaman Firaun, terbelahnya laut, tenggelamnya Firaun dan tenteranya yang zalim lagi mendustakan Allah swt, Al-Mann dan Al-Salwa yang diturunkan dari langit untuk Bani Israel dan nikmat-nikmat yang lain.
Dari hadis riwayat Muslim berbunyi “إن عاشوراء من أيام الله..” bermaksud, “Sesungguhnya Asyura adalah dari Hari-hari Allah”. Dalam satu riwayat bermaksud, “… dengan nikmat Allah taala”.
Dalam satu hadis menyebut “هذا يوم عظيم يوم نجى الله فيه موسى وأغرق فرعون” bermaksud, “Hari ini adalah hari yang besar di mana Allah menyelamatkan Musa dan menenggelamkan Firaun”. Sabdanya lagi “يوم صالح هذا يوم نجى الله بني إسرائيل من عدوهم” bermaksud, “Hari ini ialah hari yang baik di mana Allah menyelamatkan Bani Israel dari musuh mereka”.
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah saw bersabda “أظهر الله فيه موسى وبني إسرائيل على فرعون..” bermaksud,“Di hari tersebut (Asyura) Allah memenangkan Musa dan Bani Israel ke atas Firaun”. يعني رمضان)وعن ابن عباس “ما رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يتحرى صيام يوم فضله على غيره إلا هذا اليوم يوم عاشوراء، وهذا الشهر (البخاري Tidak aku melihat Nabi saw berusaha berpuasa melebihi hari-hari lain selain hari ini, iaitu hari Asyura dan di bulan ini iaitu bulan Ramadan”. Oleh itu hadis ini menunjukkan Hari Asyura merupakan hari yang paling afdhal untuk berpuasa selepas bulan Ramadan dan Hari Arafah.
Puasa di Hari Asyura menghapuskan dosa setahun. Ini adalah di antara anugerah Allah swt kepada manusia yang memang lumrah terdedah kepada kesilapan dan kelemahan. Allah swt menjadikan hari tersebut sebagai sebab untuk pengampunan dosa dan taubat.
Hari apakah kita disunatkan berpuasa Asyura ?
Kebanyakan ulamak mengatakan sunat berpuasa pada Hari Kesepuluh bulan Muharram kerana Nabi saw berpuasa pada hari tersebut dan menyarankan kepada para Sahabatnya agar berpuasa sedemikian. Imam Al-Qurtuby berkata bahawa perkataan “Asyura” diambil dari perkataan Asyara bermakna “sepuluh” tapi dalam bentuk perkataan menunjukkan bersangatan (mubalaghah) dan mengagungkan (takzim).
Ibnu Al-Munir mengatakan kebanyakan ulamak mengatakan “Asyura” adalah Hari Kesepuluh. Rujuk juga kitab Fath Al-Bari. Malik, Ahmad, Ishaq dan lain-lainnya juga berpendapat demikian. Turut menyokong pandangan mereka adalah riwayat Ibnu Abbas ra ويؤيده ما رواه ابن عباس “أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم بصوم عاشوراء يوم العاشر” (الترمذي: 755 حسن صحيح)، yang bermaksud, “Rasulullah saw menyarankan puasa Asyura iaitu Hari Kesepuluh” (hadis hasan sahih riwayat At-Tarmizi).
Pendapat sebahagian ulamak ialah berpuasa sunat pada Hari Kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas فقد سُئل ابن عباس عن صيام يوم عاشوراء فقال: إذا رأيت هلال المحرم فاعدد، وأصبح يوم التاسع صائمًا، قلت: هكذا كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصومه؟ قال: نعم (رواه مسلم: 1133 وأبو داود: 2446 والترمذي: 754 وأحمد: 1/239: 2135 صحيح) apabila ditanya tentang puasa Hari Asyura, dia berkata  bermaksud, “Apabila kamu melihat anak bulan Muharram, kiralah hari-harinya dan jadilah seorang yang berpuasa pada Hari Kesembilan’. Aku bertanya, ‘Begitukah Rasulullah saw berpuasa?’. Dia menjawab, ‘Ya’’. (riwayat Muslim no 1133, Abu Daud no 2446, At-Tarmizi no 754, Ahmad no 239/1). Ibnu Al-Qayyim mengatakan yang disunatkan ialah Hari Kesembilan sahaja.
Pendapat sebahagian ulamak ialah berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluhbulan Muharram berdasarkan hadis “حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا: يا رسول الله! إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم “فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع” قال: فلم يأت العام المقبل حتى تُوفي رسول الله صلى الله عليه وسلم (مسلم: 1134/133) bermaksud, “Pada hari Rasulullah saw berpuasa Hari Asyura (pada Hari Kesepuluh), para Sahabat ra berkata, ‘Ya Rasulullah, ia adalah hari yang disambut oleh orang-orang Yahudi dan Kristian, lalu Rasulullah saw bersabda, Tahun depan insyaAllah kita akan berpuasa pada Hari Kesembilan jika aku masih hidup’. Sebelum tiba tahun depan Rasulullah saw wafat”. Oleh itu Imam Asy-Syafie ra, Ahmad dan sebahagian ulamak mengatakan sunat berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh agar tidak menyamai Yahudi dalam meraikan hanya satu hari sahaja. Di kalangan mereka ada yang mengatakan puasa Hari Kesembilan sebagai laangkah hati-hati agar tidak terlepas kelebihan puasa Hari Asyura.
Pendapat sebahagian ulamak pula ialah sunat berpuasa Hari Kesembilan, Hari Kesepuluh dan Hari Kesebelas berdasarkan hadis riwayat Ahmad أي صيام: 9، 10، 11 للحديث: “صوموا يوم عاشوراء وخالفوا اليهود: صوموا قبله يومًا أو بعده يومًا” bermaksud, “Berpuasalah kamu di Hari Asyura dan kamu bezakanlah dengan (amalan) orang-orang Yahudi. Oleh itu berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya”.
Ringkasnya, yaang paling afdhal ialah berpuasa pada ketiga-tiga hari ke-9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasalah pada hari ke-9 dan 10 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasa sunatlah pada hari ke-10 Muharram.
Diriwayatkan bahawa generasi Islam terdahulu suka melatih kanak-kanak kecil berpuasa Hari Asyura dengan cara membawa mereka ke masjid dan membuatkan untuk mereka alat permainan di sana. Jika sesiapa dari mereka yang menangis kerana lapar, dia akan diberi alat mainan tersebut sehingga dia asyik bermain sehingga tiba waktu berbuka puasa (rujuk syarah hadis Muslim no 1136).
Kita berdoa kepada Allah swt agar diterima puasa dan amal ibadat kita di Hari-hari yang mulia ini, meningkatkan keperibadian Islam pada diri, keluarga dan masyarakat kita ke arah mendaulatkan kembali Islam di negara, rantau dan dunia ini. Ameen.


Monday 11 November 2013

Door Gift Punya Isi

Salam Muharram semua..


Hari ni Miss Najwa nak cerita baq hang... Pasai barang2 yang nak di letakkan dalam door gift.

Yang pertama..

 Miss Najwa p borong barang-barang gula-gula. Kaloorang utara kata ceklat..hahahaa ambik kau... piau utara... hehee Miss Najwa p ngan kawan dekat belakang pasar Bukit Mertajam. 
Since kawan Miss memang org sana so mengunakan la khidmat sepenuhnya.. Sebab tak tau sangat kat mana nak beli... Lupa ambik picture plak... Tapi Miss Najwa borong semua gula-gula cloud 9.


Murah kot ntah la... Sepeket ada 320 biji harga RM14.00 tapi sebab Miss ambik banyak so dia kira RM13.00 ja... so sebijik lebih kurang harga dia dalam RM0.04 sen ja... Angkut ja...
Auntie tu tanya dulu... U budget berapa mau guna... Emmm bagi tau berapa so dia tolong kirakan berapa paket patut kita beli. Tapi kena bawak cash tau sbb no debit card are accepted.

Nak letak dalam satu bag 5 biji..hehhee aci x...

Al kisahnya,Miss Najwa ni ada perangai malas pi bank. Dah syok angkut banyak-banyak sekali kira opsss x cukup cash plak..
So kena la ambik duit hahahahaa... Kan senang kalo dah bawak siap2 cash.
 Hehehhee
Ni dah kena keluaq p cari bank plak... Nasib baik dekat-dekat tu ada bank tapi kena keluaq jugak la...

Barang Kedua Miss nak letak.


Tara.. kacang santong.. Sedap makan ralit ja.

Yang ni Miss p dengan Encik Tunang sebelum nak balik kampung.

Actually susah jugak nak p ke kilang dia ni..Jauh masuk dalam. Mula-mula kami sesat pi Permatang Pauh. 

Kilang dekat permatang Tinggi... Adoii jauh tersasar... Sabar aduhai hati... Minggu dugaan.

Kilang dia buka Monday to Saturday. 


Boleh call dulu tempah. Nanti dia akan reserve untuk kita.


Ni la kilang dia


Miss tau pasal kilang ni pun terima kasih kepada ex B2B kita.


Baca blog dia la..

Satu paket ada 800paket kecik2 macam ni harga dia RM120.00 so jatuh satu paket RM0.15.
Jimat-jimat...hahhahaa

Last but not least. 

sponsor by Puan Jamaliah aka mak aku.

Minyak Gamat

My mum yang belikan.

Dia kata asyik bagi makanan ja cuba bagi benda orang boleh guna.

Waktu kenduri along pun ibu bagi gak minyak gamat ni.

Hehehee harga x tau sebab ibu yang arrange..

Rasanya lbh kurang dlm RM0.70 macam tu ja.. 

Termasuk upah orang tolong angkat. Berat kot.

Ni pun tempah kat jiran sbelah rumah kat Kangaq tu sebab dia kerja sana.






Friday 1 November 2013

Kad Kawin Murah & Kualiti

Bakal B2B yang gorgeous semua...


Mesti nak cari Kad kawin harga murah dan berkualiti.

Macam Miss Najwa ni budget so memang la nak cari yang terbaik dan kualiti yang terbaik.

Habis semua facebook Miss Najwa taip kad kawin murah, kad kawin 0.10 sen,... emmmm tapi ada gak macam macam.. So ikut kemampuan dan mana kita rasa cantik la kan..

Kad kawin ni seeloknya kita buat 2-3 bulan sebelum majlis. Nak tau kenapa Miss Najwa cakap macam ni.
Sebab ada proses dia.. Mula dari pilih art work lepas tu designer bagi design macam mana kita nak.Warna tema.  Kita pilih ok ka x pun ada nak edit. Lepas tu conform design dan buat bayaran final ke proses print dan hantaq kepada kita leih kurang sebulan gak la... 

* Jangan last minute yea kalo nak yang cantik dan berkualiti hehehee..
(Pengajaran En Tunang last minute baru nak tercari2)

Lagi satu kad kawin ni kalo kita buat banyak baru murah kalo skit macam 100ps-300pcs memang mahal.
Bincang awal k. 

Meh Miss Najwa nak promo skit kedai yang menjadi pilihan Miss Najwa.

Ini dia Sr Creative yang bertempat di Masjid Tanah Melaka.

Dia ada gak Fb Galeri Sr Creative .

Mak aiii jauh benor x dak dekat lagi ka...
hehehheee jangan terkejut actually Miss Najwa x pergi pun Melaka.
Online saja... heheheee

Sr Creative ni rajin buat promosi tau Miss Najwa buat kad dapat semua barang ni.

Kad dia semurah RM0.29 sen ja.. Custom made u, cantik, mesra pelanggan pulak.

 Cuma tambah kos penghantaran. (Normal la tu buat jauh2 hehe)

Free gift yang saya dapat (^o^)v

Kad, button badge, tq tag, banner dan bunting.

Berbaloi-baloi..

Cantik kan

Petunjuk arah ni tambahan.

Sekarang dia ada promo hujung tahun jangan lupa untuk rembat peluang ke emasan ni...





Borang Nikah & Borang Kebenaran Berkahwin di Kedah

Salam... 
Its November ini bermakna tinggal 3 minggu sahaja lagi Miss Najwa nak jadi isteri orang...
Emmm perasaan bercampur aduk, sedia ka?? emmm i want forever being my mum and dad only daughter.
But at the same time nak jugak kat En Tunang.

Opss sorry banyak sangat melalut.. 
Jom2 kita review apa perlu buat sebelum nak dapat borang kebenaran bernikah ni..

Miss Najwa punya I/C sebenarnya Perlis. Actually saya anak jati Perlis...  I/C 09 tau heheh..
Kenapa wedding nak kena buat kat kedah dan jadi B2B Kedah sebab ayah pindah so kita kena bt kenduri kat rumah parent la baru best hehehee.. kalo buat kat Perlis emmm macam2 barang x ada nnt susah-susah.

Perkara Pertama B2B kena buat. 
Seeloknya bakal pengantin perempuan pergi ke Jabatan Agama Islam mcm Miss Najwa nikah kat  Jitra so kena p jabatan Agama Islam Jitra.. Senang ja nak cari bagi x tau kat mana.. Selepas Balai Polis Baru Jitra tu hah tepi jalan tu la Jabatan Agama Islam dan Mahkamah Syariah Jitra.. Belah Kanan Balai Polis belah kiri sekolah... Okay.

Bukan apa kalo bakal pengantin perempuan dah pergi ambik borang nikah senang la nak urus lepas tu.
Sebab boleh tau apa benda kena sedia.

Jom Kita tengok apa yang kena sedia.


Disebabkan Miss Najwa I/C Perlis so kena tambah satu lagi borang.
Yang nak tergelak semasa p mintak cop imam dia tertinggal satu borang extra iaitu borang anak kariah.
Kena la ayah ulang dua kali p jumpa tok imam.

Lepas bakal pengantin perempuan ambik borang so bermula la misi untuk melengkapkan
borang. (No 1 & 2 kena sedia dulu)

1. Sijil Kursus Pra Perkahwinan (1 Sijil untuk satu majlis perkahwinanan)

2. Ujian HIV test. ( Sah Laku Hanya 6 Bulan)

 Untuk pengetahuan B2B Kedah yang duduk luar macam Miss Najwa.
HIV Test hanya boleh dilakukan di Klinik Kesihatan Negeri Kedah. Sebab waktu amik borang x disediakan borang HIV ini kerana di Klinik Kesihatan di Kedah memang dah sedia kan borang tu. ( So jangan pandai2 la nak p buat HIV Test selain dari negeri Kedah nnt kena reject dah dua kali kerja)
 Free ja isi kalo negeri lain contoh dia Penang borang HIV tu kena beli tau..

Miss Najwa buat HIV test kat Klinik Kesihatan Kulim, sebab tu pun p hari Ahad. Tu ja cuti dan Kedah berkerja ada gak kebaikan  x yah ambk cuti sebab cuti mmg x banyak.

3. Salinan kad pengenalan bakal pengantin dan wali, salinan Sijil kursus pra perkahwinan.  

4. Borang kebenaran bernikah luar daerah untuk pihak lelaki. (Penting2) x ada ni x boleh submit borang hehehehe.
 Encik tunang orang Kelantan so dia kena blk kampung dulu la... (Bahagian Lelaki)

*Apa pun bakal pengantin lelaki mesti siapkan dulu surat kebenaran dia baru la kita boleh submit borang.
Double check dulu semua borang sblm nk p serah borang. Ejaan kalau boleh cek betol2.

5.. Dah tok imam sign borang kita tu so boleh la serah kat Pejabat Agama.

6. Sediakan bayaran RM12.00 , En Tunang kena bayarRM22.00 dia kata x aci hehehhee :)

Terus dapat on the spot borang kebenaran. Alhamdulillah di permudahkan Allah swt  payah ulang banyak kali dah.


* Saya dah boleh nikah (^o^)vv*