Tuesday, 10 December 2013

P Ramlee Suka Duka (History Channel) Full



He is one of my hero..

Sapa tak kenal dengan P.Ramlee... Amazing voices, character, acting. Inspired most artis in Malaysia and World.

Kisah suka dan duka beliau. Inilah Lagenda orang Malaysia. We must appreciate people now. Not after he or she left the world. Appreciate what we have now. Mother, Father, Siblings, Husband in Laws family and friends.

I love you P.Ramlee... Al fatihah the only thing that we can contribute to him.

Enjoy 

Thursday, 28 November 2013

I'm already married

Syukur kepada Allah swt...atas segala nikmatnya dan berkat.

Akhirnya saya selesai sudah menjadi isteri kepada suami tercinta. To Mr A. I love you so much.

Segala suka dan duka, tahun berganti tahun setelah 7 tahun menyulam rasa cinta,benci semua ada.
I'm officially already become a madam.
Rasa pelik ada.. Dulu ex student panggil Miss sekarang semua opppsss sorry Madam.

Apa pun my photographer is Eddy Non dan waktu resepi adalah Azfar Jasmi
suka sangat hasil kerja depa.

Apa pun terima kasih banyak banyak kepada ibu,ayah,abang and adik. Juga semua keluarga yang sangat banyak membantu semasa kenduri kawin. Also my mum all her siblings. 
Family kami lawak skit event lama  jumpa sekali jumpa ramai-ramai semua nak bersosial.

Hahahha kat sini ada la sikit pic untuk tantapan korang.

My Family

Saat ijab dan kabul..

Pengantin dicuri 

Part of my wedding family and friends





Wednesday, 13 November 2013

Hari Asyura- 10 Muharram


Disunatkan kita berpuasa pada Hari Asyura’. Hari Asyura juga digelar Ayyamillah (Hari-hari Allah) iaitu hari-hari yang dinasabkan oleh Allah swt kepada diriNya. Allah swt telah menyuruh Nabi Musa as agar mengingatkan kaumnya tentang hari-hari tersebut dalam firmanNya: وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ bermaksud, “Dan ingatkanlah mereka tentang Hari-hari Allah”.
Maksud Hari-hari Allah ialah ayat-ayatNya dan nikmat-nikmatNya seperti selamatnya Nabi Musa as dan kaumnya dari kekejaman Firaun, terbelahnya laut, tenggelamnya Firaun dan tenteranya yang zalim lagi mendustakan Allah swt, Al-Mann dan Al-Salwa yang diturunkan dari langit untuk Bani Israel dan nikmat-nikmat yang lain.
Dari hadis riwayat Muslim berbunyi “إن عاشوراء من أيام الله..” bermaksud, “Sesungguhnya Asyura adalah dari Hari-hari Allah”. Dalam satu riwayat bermaksud, “… dengan nikmat Allah taala”.
Dalam satu hadis menyebut “هذا يوم عظيم يوم نجى الله فيه موسى وأغرق فرعون” bermaksud, “Hari ini adalah hari yang besar di mana Allah menyelamatkan Musa dan menenggelamkan Firaun”. Sabdanya lagi “يوم صالح هذا يوم نجى الله بني إسرائيل من عدوهم” bermaksud, “Hari ini ialah hari yang baik di mana Allah menyelamatkan Bani Israel dari musuh mereka”.
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah saw bersabda “أظهر الله فيه موسى وبني إسرائيل على فرعون..” bermaksud,“Di hari tersebut (Asyura) Allah memenangkan Musa dan Bani Israel ke atas Firaun”. يعني رمضان)وعن ابن عباس “ما رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يتحرى صيام يوم فضله على غيره إلا هذا اليوم يوم عاشوراء، وهذا الشهر (البخاري Tidak aku melihat Nabi saw berusaha berpuasa melebihi hari-hari lain selain hari ini, iaitu hari Asyura dan di bulan ini iaitu bulan Ramadan”. Oleh itu hadis ini menunjukkan Hari Asyura merupakan hari yang paling afdhal untuk berpuasa selepas bulan Ramadan dan Hari Arafah.
Puasa di Hari Asyura menghapuskan dosa setahun. Ini adalah di antara anugerah Allah swt kepada manusia yang memang lumrah terdedah kepada kesilapan dan kelemahan. Allah swt menjadikan hari tersebut sebagai sebab untuk pengampunan dosa dan taubat.
Hari apakah kita disunatkan berpuasa Asyura ?
Kebanyakan ulamak mengatakan sunat berpuasa pada Hari Kesepuluh bulan Muharram kerana Nabi saw berpuasa pada hari tersebut dan menyarankan kepada para Sahabatnya agar berpuasa sedemikian. Imam Al-Qurtuby berkata bahawa perkataan “Asyura” diambil dari perkataan Asyara bermakna “sepuluh” tapi dalam bentuk perkataan menunjukkan bersangatan (mubalaghah) dan mengagungkan (takzim).
Ibnu Al-Munir mengatakan kebanyakan ulamak mengatakan “Asyura” adalah Hari Kesepuluh. Rujuk juga kitab Fath Al-Bari. Malik, Ahmad, Ishaq dan lain-lainnya juga berpendapat demikian. Turut menyokong pandangan mereka adalah riwayat Ibnu Abbas ra ويؤيده ما رواه ابن عباس “أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم بصوم عاشوراء يوم العاشر” (الترمذي: 755 حسن صحيح)، yang bermaksud, “Rasulullah saw menyarankan puasa Asyura iaitu Hari Kesepuluh” (hadis hasan sahih riwayat At-Tarmizi).
Pendapat sebahagian ulamak ialah berpuasa sunat pada Hari Kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas فقد سُئل ابن عباس عن صيام يوم عاشوراء فقال: إذا رأيت هلال المحرم فاعدد، وأصبح يوم التاسع صائمًا، قلت: هكذا كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصومه؟ قال: نعم (رواه مسلم: 1133 وأبو داود: 2446 والترمذي: 754 وأحمد: 1/239: 2135 صحيح) apabila ditanya tentang puasa Hari Asyura, dia berkata  bermaksud, “Apabila kamu melihat anak bulan Muharram, kiralah hari-harinya dan jadilah seorang yang berpuasa pada Hari Kesembilan’. Aku bertanya, ‘Begitukah Rasulullah saw berpuasa?’. Dia menjawab, ‘Ya’’. (riwayat Muslim no 1133, Abu Daud no 2446, At-Tarmizi no 754, Ahmad no 239/1). Ibnu Al-Qayyim mengatakan yang disunatkan ialah Hari Kesembilan sahaja.
Pendapat sebahagian ulamak ialah berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluhbulan Muharram berdasarkan hadis “حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا: يا رسول الله! إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم “فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع” قال: فلم يأت العام المقبل حتى تُوفي رسول الله صلى الله عليه وسلم (مسلم: 1134/133) bermaksud, “Pada hari Rasulullah saw berpuasa Hari Asyura (pada Hari Kesepuluh), para Sahabat ra berkata, ‘Ya Rasulullah, ia adalah hari yang disambut oleh orang-orang Yahudi dan Kristian, lalu Rasulullah saw bersabda, Tahun depan insyaAllah kita akan berpuasa pada Hari Kesembilan jika aku masih hidup’. Sebelum tiba tahun depan Rasulullah saw wafat”. Oleh itu Imam Asy-Syafie ra, Ahmad dan sebahagian ulamak mengatakan sunat berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh agar tidak menyamai Yahudi dalam meraikan hanya satu hari sahaja. Di kalangan mereka ada yang mengatakan puasa Hari Kesembilan sebagai laangkah hati-hati agar tidak terlepas kelebihan puasa Hari Asyura.
Pendapat sebahagian ulamak pula ialah sunat berpuasa Hari Kesembilan, Hari Kesepuluh dan Hari Kesebelas berdasarkan hadis riwayat Ahmad أي صيام: 9، 10، 11 للحديث: “صوموا يوم عاشوراء وخالفوا اليهود: صوموا قبله يومًا أو بعده يومًا” bermaksud, “Berpuasalah kamu di Hari Asyura dan kamu bezakanlah dengan (amalan) orang-orang Yahudi. Oleh itu berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya”.
Ringkasnya, yaang paling afdhal ialah berpuasa pada ketiga-tiga hari ke-9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasalah pada hari ke-9 dan 10 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasa sunatlah pada hari ke-10 Muharram.
Diriwayatkan bahawa generasi Islam terdahulu suka melatih kanak-kanak kecil berpuasa Hari Asyura dengan cara membawa mereka ke masjid dan membuatkan untuk mereka alat permainan di sana. Jika sesiapa dari mereka yang menangis kerana lapar, dia akan diberi alat mainan tersebut sehingga dia asyik bermain sehingga tiba waktu berbuka puasa (rujuk syarah hadis Muslim no 1136).
Kita berdoa kepada Allah swt agar diterima puasa dan amal ibadat kita di Hari-hari yang mulia ini, meningkatkan keperibadian Islam pada diri, keluarga dan masyarakat kita ke arah mendaulatkan kembali Islam di negara, rantau dan dunia ini. Ameen.


Monday, 11 November 2013

Door Gift Punya Isi

Salam Muharram semua..


Hari ni Miss Najwa nak cerita baq hang... Pasai barang2 yang nak di letakkan dalam door gift.

Yang pertama..

 Miss Najwa p borong barang-barang gula-gula. Kaloorang utara kata ceklat..hahahaa ambik kau... piau utara... hehee Miss Najwa p ngan kawan dekat belakang pasar Bukit Mertajam. 
Since kawan Miss memang org sana so mengunakan la khidmat sepenuhnya.. Sebab tak tau sangat kat mana nak beli... Lupa ambik picture plak... Tapi Miss Najwa borong semua gula-gula cloud 9.


Murah kot ntah la... Sepeket ada 320 biji harga RM14.00 tapi sebab Miss ambik banyak so dia kira RM13.00 ja... so sebijik lebih kurang harga dia dalam RM0.04 sen ja... Angkut ja...
Auntie tu tanya dulu... U budget berapa mau guna... Emmm bagi tau berapa so dia tolong kirakan berapa paket patut kita beli. Tapi kena bawak cash tau sbb no debit card are accepted.

Nak letak dalam satu bag 5 biji..hehhee aci x...

Al kisahnya,Miss Najwa ni ada perangai malas pi bank. Dah syok angkut banyak-banyak sekali kira opsss x cukup cash plak..
So kena la ambik duit hahahahaa... Kan senang kalo dah bawak siap2 cash.
 Hehehhee
Ni dah kena keluaq p cari bank plak... Nasib baik dekat-dekat tu ada bank tapi kena keluaq jugak la...

Barang Kedua Miss nak letak.


Tara.. kacang santong.. Sedap makan ralit ja.

Yang ni Miss p dengan Encik Tunang sebelum nak balik kampung.

Actually susah jugak nak p ke kilang dia ni..Jauh masuk dalam. Mula-mula kami sesat pi Permatang Pauh. 

Kilang dekat permatang Tinggi... Adoii jauh tersasar... Sabar aduhai hati... Minggu dugaan.

Kilang dia buka Monday to Saturday. 


Boleh call dulu tempah. Nanti dia akan reserve untuk kita.


Ni la kilang dia


Miss tau pasal kilang ni pun terima kasih kepada ex B2B kita.


Baca blog dia la..

Satu paket ada 800paket kecik2 macam ni harga dia RM120.00 so jatuh satu paket RM0.15.
Jimat-jimat...hahhahaa

Last but not least. 

sponsor by Puan Jamaliah aka mak aku.

Minyak Gamat

My mum yang belikan.

Dia kata asyik bagi makanan ja cuba bagi benda orang boleh guna.

Waktu kenduri along pun ibu bagi gak minyak gamat ni.

Hehehee harga x tau sebab ibu yang arrange..

Rasanya lbh kurang dlm RM0.70 macam tu ja.. 

Termasuk upah orang tolong angkat. Berat kot.

Ni pun tempah kat jiran sbelah rumah kat Kangaq tu sebab dia kerja sana.






Friday, 1 November 2013

Kad Kawin Murah & Kualiti

Bakal B2B yang gorgeous semua...


Mesti nak cari Kad kawin harga murah dan berkualiti.

Macam Miss Najwa ni budget so memang la nak cari yang terbaik dan kualiti yang terbaik.

Habis semua facebook Miss Najwa taip kad kawin murah, kad kawin 0.10 sen,... emmmm tapi ada gak macam macam.. So ikut kemampuan dan mana kita rasa cantik la kan..

Kad kawin ni seeloknya kita buat 2-3 bulan sebelum majlis. Nak tau kenapa Miss Najwa cakap macam ni.
Sebab ada proses dia.. Mula dari pilih art work lepas tu designer bagi design macam mana kita nak.Warna tema.  Kita pilih ok ka x pun ada nak edit. Lepas tu conform design dan buat bayaran final ke proses print dan hantaq kepada kita leih kurang sebulan gak la... 

* Jangan last minute yea kalo nak yang cantik dan berkualiti hehehee..
(Pengajaran En Tunang last minute baru nak tercari2)

Lagi satu kad kawin ni kalo kita buat banyak baru murah kalo skit macam 100ps-300pcs memang mahal.
Bincang awal k. 

Meh Miss Najwa nak promo skit kedai yang menjadi pilihan Miss Najwa.

Ini dia Sr Creative yang bertempat di Masjid Tanah Melaka.

Dia ada gak Fb Galeri Sr Creative .

Mak aiii jauh benor x dak dekat lagi ka...
hehehheee jangan terkejut actually Miss Najwa x pergi pun Melaka.
Online saja... heheheee

Sr Creative ni rajin buat promosi tau Miss Najwa buat kad dapat semua barang ni.

Kad dia semurah RM0.29 sen ja.. Custom made u, cantik, mesra pelanggan pulak.

 Cuma tambah kos penghantaran. (Normal la tu buat jauh2 hehe)

Free gift yang saya dapat (^o^)v

Kad, button badge, tq tag, banner dan bunting.

Berbaloi-baloi..

Cantik kan

Petunjuk arah ni tambahan.

Sekarang dia ada promo hujung tahun jangan lupa untuk rembat peluang ke emasan ni...





Borang Nikah & Borang Kebenaran Berkahwin di Kedah

Salam... 
Its November ini bermakna tinggal 3 minggu sahaja lagi Miss Najwa nak jadi isteri orang...
Emmm perasaan bercampur aduk, sedia ka?? emmm i want forever being my mum and dad only daughter.
But at the same time nak jugak kat En Tunang.

Opss sorry banyak sangat melalut.. 
Jom2 kita review apa perlu buat sebelum nak dapat borang kebenaran bernikah ni..

Miss Najwa punya I/C sebenarnya Perlis. Actually saya anak jati Perlis...  I/C 09 tau heheh..
Kenapa wedding nak kena buat kat kedah dan jadi B2B Kedah sebab ayah pindah so kita kena bt kenduri kat rumah parent la baru best hehehee.. kalo buat kat Perlis emmm macam2 barang x ada nnt susah-susah.

Perkara Pertama B2B kena buat. 
Seeloknya bakal pengantin perempuan pergi ke Jabatan Agama Islam mcm Miss Najwa nikah kat  Jitra so kena p jabatan Agama Islam Jitra.. Senang ja nak cari bagi x tau kat mana.. Selepas Balai Polis Baru Jitra tu hah tepi jalan tu la Jabatan Agama Islam dan Mahkamah Syariah Jitra.. Belah Kanan Balai Polis belah kiri sekolah... Okay.

Bukan apa kalo bakal pengantin perempuan dah pergi ambik borang nikah senang la nak urus lepas tu.
Sebab boleh tau apa benda kena sedia.

Jom Kita tengok apa yang kena sedia.


Disebabkan Miss Najwa I/C Perlis so kena tambah satu lagi borang.
Yang nak tergelak semasa p mintak cop imam dia tertinggal satu borang extra iaitu borang anak kariah.
Kena la ayah ulang dua kali p jumpa tok imam.

Lepas bakal pengantin perempuan ambik borang so bermula la misi untuk melengkapkan
borang. (No 1 & 2 kena sedia dulu)

1. Sijil Kursus Pra Perkahwinan (1 Sijil untuk satu majlis perkahwinanan)

2. Ujian HIV test. ( Sah Laku Hanya 6 Bulan)

 Untuk pengetahuan B2B Kedah yang duduk luar macam Miss Najwa.
HIV Test hanya boleh dilakukan di Klinik Kesihatan Negeri Kedah. Sebab waktu amik borang x disediakan borang HIV ini kerana di Klinik Kesihatan di Kedah memang dah sedia kan borang tu. ( So jangan pandai2 la nak p buat HIV Test selain dari negeri Kedah nnt kena reject dah dua kali kerja)
 Free ja isi kalo negeri lain contoh dia Penang borang HIV tu kena beli tau..

Miss Najwa buat HIV test kat Klinik Kesihatan Kulim, sebab tu pun p hari Ahad. Tu ja cuti dan Kedah berkerja ada gak kebaikan  x yah ambk cuti sebab cuti mmg x banyak.

3. Salinan kad pengenalan bakal pengantin dan wali, salinan Sijil kursus pra perkahwinan.  

4. Borang kebenaran bernikah luar daerah untuk pihak lelaki. (Penting2) x ada ni x boleh submit borang hehehehe.
 Encik tunang orang Kelantan so dia kena blk kampung dulu la... (Bahagian Lelaki)

*Apa pun bakal pengantin lelaki mesti siapkan dulu surat kebenaran dia baru la kita boleh submit borang.
Double check dulu semua borang sblm nk p serah borang. Ejaan kalau boleh cek betol2.

5.. Dah tok imam sign borang kita tu so boleh la serah kat Pejabat Agama.

6. Sediakan bayaran RM12.00 , En Tunang kena bayarRM22.00 dia kata x aci hehehhee :)

Terus dapat on the spot borang kebenaran. Alhamdulillah di permudahkan Allah swt  payah ulang banyak kali dah.


* Saya dah boleh nikah (^o^)vv* 







Thursday, 31 October 2013

Baju Kawin Oh Baju Kawin

Semua wanita akan mempunyai angan-angan atau impian dalam perkahwinan.

Ladies semua nak perfect kan..

Dalam banyak-banyak benda baju kawin la paling penting.
Ini sahaja akan menaikan seri si pemakai.. Bagi orang yang badan gebu macam Miss Najwa ni..

Emmm macam-macam nak kena fikir biar nanti baju tu nampak cantik dan ayu ja sesuai dengan badan Miss Najwa ni...

Diantara baju kawin pilihan...

By Shahida Shariff

Baju Shahdia Shariff ni mmang canti tapi sesuai untuk badan kurus. Actually kalo badan kurus cantik ja pakai apa pun..

ni ada lagi pic baju Shahida Shafriff




Hehehee tapi baju Miss Najwa inspired by buku pesona anggun.. Untuk majlis bertandang. Miss Pilih yang simple ja.. Macam ni
Yang warna krim ni... Encik Tunang nak pakai warna ni... Layan ja

Untuk rumah Miss Najwa.. saya pilih warna Emerald Green... Go Green..hehehee campur dengan patch Silver.
Lebih kurang macam ni la

Hope fully nanti waktu kenduri nampak cantik...

9 November ni baru nak fitting baju... (harap2 ok la)

Apa pun untuk B2B Kedah, expecially in Jitra..

Kalo nak p bridal yang rambang mata sampai tak tau nk pakai baju apa p la 

Lovestudio Wedding Gallery facebook dia 


Advise sebelum p butik ni pilih tema siap2 baru x pening hehehheee...

Masuk ja sampai rambang mata x tau la nak pilih baju mana satu hehehee.. Semuanya lawa2...

Cinderella Wedding Creation (CWC)

 pun ok gak.. Owner dia Timi baik sgt.. even x jmpa fb dia akan bg info kat kita.

Contoh masa tepat untuk tempah bridal adalah 4-3bulan sebelum...bukan sebulan sebelum Okay...

Note baik...



Tapi Miss Najwa ambik pakej lain murah skit...Sayakan orang budget... (^o^)vvv



D.I.Y.

Jom kita D.I.Y beg kertas untuk bagi kat tetamu nak....

DIY apa tu..?????

do it yourself la sebenarnya...(kira kita buat sendiri la)

Bukan apa Miss Najwa rasa banyak kita dapat kurangkan kos kalo kita rajin skit ja... x banyak pun nk kena rajin ni... heheheheh yang penting kita kena rajin google skit untuk tau cara macam mana nk buat. 

Macam saya mula2 malas nk leceh buat tu buat ni..nak guna tuppurware senang n ringkas. tapi tiba2 ibu kata  kan nk bg tupperware ja.. lagi pun bila kos tuppurware sahja dh jadi 40sen satu saya mula berkira2 nak cari alternative lagi murah tapi cantik. hehehheee:)

Lets check it out...

Yang ni Miss Najwa ambk dari salah sorang bloger...dan tulis ikut pengalaman Miss Najwa hehehe... campur adukkan…Blogger kita ni ramai yang rajin2 so kita kena la rajin google dan baca blog depa ni ja haha (utara skit)

Mula2 mesti la bukak Mirosoft word. Pastu korang kena p dekat page layout dan click size.

Pastu korang masuk more size.

Ukur paper bag yangkorang beli tu ikut size dia.. hah bukan apa nnt senang time nk print katakan :)


Lepas tu dengan menggunakan kretifan kita apa lagi    Google Image : Wedding Swirl

   Pilih mana-mana swirl yang berkenan di hati dan Copy

   Paste atau CTRL+P
   Kalau guna Adobe Photoshop, guna Magic Eraser untuk padamkan background dia, or if guna MS Words pergi ke Edit - Hide Image Background. Langkah ini bagi mengelakkan background warna putih terprint skali atas lunch bag ni. Nanti tak cantik la pulak kan!

    Insert Text - Masukkan apa yang anda nak tulis. Macam Miss Najwa buat simple ja.. (Time prepare barang ni x tau bila nk kawen lagi tau...(Bulan 3 dh siap goddies bag untuk hari kawin)..
Ya ampun awai gila,….

Diantara goodies bag yang Miss Najwa hasilkan


Kalo boleh cuba guna maksimum dua jenis je font je! Ini bagi mengelakkan grafik anda kelihatan semak atau sarat atau serabut!. 

   Dah siap edit tu, save dulu image tu. 

    Settingkan gambar yang dah di edit tadi di tengah-tengah new template yang sama saiz dengan lunch bag tu.  (Dah ukur awal2)       

Sedia untuk dicetak!. Guna printer biasa je. tapi kena masukkan paper bag tu satu-satu bagi mengelakkan kertas tersangkut di dalam printer. (sebab ni bukan kertas biasa) dia tebal skit.. sabaryea…
Miss Najwa print 1000pcs… buat skit2 tiap2 hari  x mau bg printer sangkut sangat hehehe…
         dah siap print semua, masukkan barang-barang dalam paper bag itu!
Last touch, gunakan doily paper on top of it! sebagai kemasan terakhir dan juga nampak macam englis style giteww~ hahaha.. Doily paper yang Miss Najwa guna ni, saiz dia 4.5" diameter dia.
Actaully doily apper ni banyak saiz so ikut korang lank guna yang saiz mcm mn….

Just lipat dua and letak atas doily paper and staple kan dia. Dengan hanya guna krativity korang akan dapat paper bag yg murah tapi elegant gitu…. Hehehehee saya suka murah tp nmpk mahal hehehe J

Mesti korang nk tau berapa budget Miss Najwa untuk 1000pcs paper bag yang cantik ni..

Paper bag-RM35.20 (1100pcs)= RM0.032 sekeping
Dolly paper -RM37.50 (1250pcs)= RM0.03 sekeping

So kita punya paper bag cost only RM0.06 sen
Murahkan.....



Cer teka yang mana final Miss Najwa guna....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yang ni menjadi pilihan hati...



Tapi kan kenapa x ada date sbb mcm Miss Najwa ceta.. x tau bila wedding so buat ja dulu hehehee




Wednesday, 30 October 2013

Baru nak start blogging

Assalamualaikum wbt....
hi u alls this is my first entry blogging...harap nanti ramai la sudi membaca..
Rasa excited plak...bukan apa selalunya dok baca blog2 orang ja.
Ni baru la terbuka hati dan perasaan nak tulis hehehee... ada poyo skit disini...
Sebenarnya dah lama buat blog ni tapi dah x reti nak buat blog macam mana so peram ja la...
Tiba2 hari terdapat NUR dari illahi..(gediks) nak buat blog... 
Macam best ja kan ada blog ni... apa benda dalam kehidupan, tips harap dapat kongsi dengan ramai.
Miss Najwa suka la kongsi2... bukan apa bagi saya yang x berapa nak pandai ni kan google,dan baca blog dapat banyak info dan jugak tips.. yang paling best tu siap dapat cari tempat mana nk p makan, melancong, beli barang murah... hah apa lagi jangan siakan ilmu yang orang dh tulis tu heheheee....
Okay la.... sudah2 ceta pasal kenapa nak berblog...
U alls nak tau actually  Miss Najwa dalam tempoh menghitung hari untuk berkahwin. 
I'm B2B 2013.. lalalla



Wahhh macam macam dh rasa ni...mula la sibuk nak buat A, B, C.... smpi Z sorang.
Bukan apa mungkin dh biasa dulu selalu buat event waktu belajar so sekarang ni apa lagi x reti2 ka nak buat sendiri semua...hahahhaaaa